Wednesday, October 28, 2009

Hasrat

Hasrat dihati teringin juga nak belajar lagi, manakan tidaknya... anak murid dah ada yang jadi doktor, engineer, guru dan macam-macam lagi. Dari segi kewangan setakat ini alhamdulillah cukup seadanya, nak kejor kemewahan dunia memang tiada kesudahan.... Sebelum ni selalu juga mengintai- intai peluang dipapan kenyatan ,baca tapi berhenti disitu. Tapi... baru-baru ni terbaca le program PGSR. Bila baca syaratnya maka terfikirlah tahun ni adalah peluang terakhir untuk sambung belajor. Semangat nak belajor lagi berkobo-kobo. Apa lagi kobo-kobo le nak terai isi borang, tapi...... terkubur juga. Hasrat tak kesampaian..... Apapun diharapkan pengorbanan yang dilakukan untuk kali ini disebabkan tanpa keizinanmu dihargai dan tidak dipersiakan untuk terus hidup didunia yang sementara ini.


Tiba musim haji, ada kawan dapat pegi tahun ni. ... alhamdulillah semoga mereka dapat haji yang mabrur. Kami belum pasti lagi bila???. Hanya berdoa dan berserah pada takdir yang menentukannya. Tak sabar juga nak ke sana, tapi apakan daya. Hasrat tak kesampaian lagi... Allah lebih mengetahui hambanya. Semoga dipermudahkan segala-galanya. Insaallah....