Saturday, November 7, 2009

Mencari durian

Petang tadi bila dengor cerita ada durian di tanah arwah emak dan bapak kakak ajak pergi tengok. Alangkah sedihnya, buah ada tapi semak ya Allah hanya tuhan yang tahu. Kalau setakat nak makan insaallah boleh beli tapi... sedih tengok tanah yang terbiar. Dulu kaum keluarga ramai datang bila musim buah. Emak dan bapak rajin usahakan, paling tidakpun kalau tak larat upah, tapi kini. ... siapa nak buat. Anak -anak semuanya sibuk dengan komitmen masing-masing. Zaman dulu lain , semuanya kuat . Zaman sekarang dah berbeza . Apa jadi dengan tanah melayu.... fikir-fikirkanlah.

Wednesday, October 28, 2009

Hasrat

Hasrat dihati teringin juga nak belajar lagi, manakan tidaknya... anak murid dah ada yang jadi doktor, engineer, guru dan macam-macam lagi. Dari segi kewangan setakat ini alhamdulillah cukup seadanya, nak kejor kemewahan dunia memang tiada kesudahan.... Sebelum ni selalu juga mengintai- intai peluang dipapan kenyatan ,baca tapi berhenti disitu. Tapi... baru-baru ni terbaca le program PGSR. Bila baca syaratnya maka terfikirlah tahun ni adalah peluang terakhir untuk sambung belajor. Semangat nak belajor lagi berkobo-kobo. Apa lagi kobo-kobo le nak terai isi borang, tapi...... terkubur juga. Hasrat tak kesampaian..... Apapun diharapkan pengorbanan yang dilakukan untuk kali ini disebabkan tanpa keizinanmu dihargai dan tidak dipersiakan untuk terus hidup didunia yang sementara ini.


Tiba musim haji, ada kawan dapat pegi tahun ni. ... alhamdulillah semoga mereka dapat haji yang mabrur. Kami belum pasti lagi bila???. Hanya berdoa dan berserah pada takdir yang menentukannya. Tak sabar juga nak ke sana, tapi apakan daya. Hasrat tak kesampaian lagi... Allah lebih mengetahui hambanya. Semoga dipermudahkan segala-galanya. Insaallah....

Tuesday, September 15, 2009

Kuih raya lagi......

Sepatutnya 10 hari terakhir dalam bulan ramadhan , kita meluangkan lebih banyak masa untuk beribadat untuk mencari dan mendapatkan lailatul qadar. Tapi inilah dugaan yang paling besar. Anak nak "kuih mak buat" lagi... Mak taknak buat tapi... kesian, nak taknak lepas terawikh buatlah juga.... kacang raget tapi sikitje untuk menunaikan hajat. Kalau banyak nanti lewat tidur takut terlepas hajat........ YaAllah kuatkan imanku untuk menghadapi kesibukan dunia ini bagi membolhkan aku mendekati diriMu. Kuatkan azamku semoga diRamadhan akan datang semua kesibukan telah dilangsaikan sebelum tibanya 10 hari dihujung Ramadhan. Semoga setiap tahun amlan dibulan Ramadahan dipertingkatkan. Diharapkan ditahun hadapn lebih lama masa diperuntukan untuk solat-solat ditengah mlm... Insaallah.

Sunday, September 6, 2009

Buat kuih raya

Hari ini buat kuih raya Biskut Cornflakes. Anak nak mak buat buat jugalee...kalau ikutkan malas, banyak kerja lain lagi. Tapi sebenarnya buat kuih sendiri dah tentu bersih, sedap dan boleh dapat banyak , bolehlah nak bagi mek mentua,saudara dan sesiapa yang teringin.

Resepinya amt mudah ambil cawan jadi penyukat dan hanya guna no. 2:

2 cwn tepung jagung,
2 cwn tepung kastard
2 cwn tepung gandum
2 cwn gula halus
2 cwn mentega
2 biji kuning telur.
Cornflakes diramas.

Caranya:
Pukul mentega + gula sehingga warna putih.
Masukkan kuning telur satu persatu
Masukkan semua tepung tadi ke dalam adunan sehingga sebati. Kalau nampak lembut jangan risau.
Ambil sedikit adunan tadi bulatkan dan golekkan dlm conflakes yang diramas dan masukkan ke dalam acuan kertas. Utk aksesori letakkan cornflakes diatasnya.
Buatlah sampai selesai dan bakar suhu 180 C.



caranya

Monday, August 24, 2009

periksa ptk

Periksa ptk dah banyak kali tapi tiga jugak... mana tidaknya tak study. Bila agaknya nak berubah. Headcount nak buat jugak... buku latihan nak semak .. kertas pra percubaan spm belum di semak lagi. Anak .., suami... rumah....ibadat . Masa..masa..hargailah masa...insaAllah.

funny picture


ape komen anda tentang gambo ni???

Monday, August 10, 2009

gambar ceramah kesihatan

Gambar pelajar dengar ceramah H1N1 , tapi sekejap benor...doktor barule katakan....

Pengalaman pertama....

Hari ini saya belajar blog dengan jua...orang lama lambat le sikit , tapi nak belajar jugak takut ketinggalan...

Monday, July 27, 2009

selamat datang!!!

saya sudah ada blog....yahooo!!!