Wednesday, May 5, 2010

CABARAN SEORANG WANITA MUSLIM SEJATI

Hasrat dihati nak jadi muslimah sejati..namun banyak rintangannya... Kekadang hidup ini susah dimengertikan. Apa yang penting jangan buat kerana orang tapi buat sesuatu kerana Allah. Cuba perbaiki diri dengan mendekatiNya, banyakkan amalan puasa sunat dan bangun malam ...ya Tuhan berilah aku kekuatan.........

Sunday, April 25, 2010

Gi Cameron Highland

Cuaca di Manong memang panas sungguh. Seringkali didalam kelas memperingatkan pelajar tentang keadaan dunia dah akhir zaman ni.. Bila sampai kat Cameron , terasa sejuknya... sebelum ni adajuga pergi bersama keluarga tapi taklah sejuk sangat, tidur pun agak berpeluh..tapi kali ini kena pakai selimut. Semoga pengawas yg pergi dapat sesuatu dari kem tersebut...

Wednesday, April 21, 2010

Kuih Bengkang tepung

Mari cuba masak bengkang untuk keluarga tersayang ...insaAllah air tangan kita meyebabkan suami dan anak2 sentiasa mengingati kita .....

2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung ubi
2 biji telur
5 1/2 cwn santan
1 cwn gula

Caranya:

Masak gula dengan santan hingga gula cair dengan api yang perlahan.
Blender semua bahan diatas .
Masukkan bahan kedalam loyang dan bakar..

MANUSIA DAN KERJAYA

Ada orang bekerja kerana nak cari duit untuk survive diri,keluarga..apa-apa lah.. Tapi kadang-kadang dia lupa dia kerja tu tak100% ikhlas, hanya lepas batuk ditangga... Ingatlah wahai insan...lakukan sesuatu kerja kerana amanah yang diberikan. Untuk mendapat berkat bukan shj didunia tetapi yang kekal diakhirat...insaAllah untuk peringatan diri ini juga..

Wednesday, January 20, 2010

Tahun 2010

2009 telah meninggalkan kita. Diharapkan tahun 2010 akan mencatatkan memori indah.

Alangkah sedihnya baru-baru ini masuk ke kelas tingkatan 4..... Ada pelajar yang mengaku tidak tahu sembahyang dan tak pernah sembahyang. MasyaAllah .... dah le tu baca quran lagi le tak boleh. Apa nak jadi orang islam sekarang. Nak salahkan sapa. inilah puncan berlakunya keruntuhan akhlak . Akhirnya Islam di Malaysia hanya pada nama sahaja. ....maka habislah Malaysia dilaknat oleh Allah dengan macam-macam bala yang akan menimpa Nau'zubillah... Oleh itu bangunlah kita wahai cikgu, ustazah, ustaz, pak imam, ketua kampung dan sapa-sapa saje mainkan peranan masing-masing. Hidupkan masjid, surau , usrah dan aktiviti kerohanian dimana-mana . Jangan disekat ustaz/ustazah yang mengajor. ....

Saturday, November 7, 2009

Mencari durian

Petang tadi bila dengor cerita ada durian di tanah arwah emak dan bapak kakak ajak pergi tengok. Alangkah sedihnya, buah ada tapi semak ya Allah hanya tuhan yang tahu. Kalau setakat nak makan insaallah boleh beli tapi... sedih tengok tanah yang terbiar. Dulu kaum keluarga ramai datang bila musim buah. Emak dan bapak rajin usahakan, paling tidakpun kalau tak larat upah, tapi kini. ... siapa nak buat. Anak -anak semuanya sibuk dengan komitmen masing-masing. Zaman dulu lain , semuanya kuat . Zaman sekarang dah berbeza . Apa jadi dengan tanah melayu.... fikir-fikirkanlah.